top of page

Menerima Sijil Penghargaan dari SMK Sindumin, Sipitang

17 Apr 2019

Majora Education Foundation (MEF) dijemput untuk menghadiri sambutan Majlis Apresiasi Transformasi SMK Sindumin untuk menerima sijil penghargaan sebagai salah satu penyumbang kepada pelaksanaan program. Majlis apresiasi ini dirasmikan oleh wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bertempat di dewan serbaguna Sipitang. Manakala sijil penghargaan diterima oleh wakil MEF Israelly Novem Simon.


MEF telah memberi sumbangan dalam pembuatan baju kelab kebudayaan pelajar SMK Sindumin sebanyak RM1000. Sumbangan ini dikendalikan oleh cikgu penyelaras kelab kebudayaan iaitu Cikgu Terry Henry Tsen. Ahli kelab kebudayaan juga telah mengambil bahagian dalam persembahan koir dan tarian dalam majlis apresiasi tersebut.


Selain daripada menghadiri dan menerima penghargaan pihak MEF mengambil kesempatan untuk merisik pelajar yang menerima anugerah pelajar terbaik mahupun pelajar berpotensi untuk dibantu dalam melanjutkan pelajaran. Kesempatan ini sangat dihargai oleh pihak MEF untuk menyahut matlamat utama yayasan iaitu membantu pelajar tempatan yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi namun tidak berkemampuan.


CONTACT US

Lot A-1-6, First Floor, Block A, Marketplace 88, Jalan Pintas, 88300, Kota Kinabalu, Sabah.

Phone: +6088 204236

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • Youtube

Fill in your details.

Thanks for submitting!

© Copyright 2025 by Majora Education Foundation

bottom of page