
30 Jun 2019
Majora Education Foundation (MEF) memberi sumbangan sebanyak RM50000 kepada Huguan Siou Education and Charitable Foundation sempena sambutan 35th Anniversary Installation of Huguan Siou, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan JP. Ulang tahun ini dilaksanaan di ITCC Penampang Grand Ballroom dipengerusikan oleh Ceaser Mandela Malakun. Pemberian sumbangan ini dilaksanakan oleh pemegang amanah MEF Rachel Ongkili.
MEF adalah sebuah yayasan dengan matlamat utama adalah membantu golongan tidak berkemampuan untuk memperoleh pendidikan yang lebih tinggi. MEF membantu dari segi kewangan dan alat bantu pembelajaraan yang diperlukan seperti buku dan komputer riba. Selain itu MEF juga mengadakan program-program motivasi bagi sekolah menengah dan program singkat bagi pelajar lepasan tingkatan lima mahupun STPM. Untuk tidak melupakan adat dan tradisi khususnya bahasa ibunda, MEF juga mengambil kira pembelajaran bahasa ibunda seperti Kadazan Dusun dalam pendidikan awal kanak-kanak. MEF juga membantu dalam pendokumentasian budaya warisan dan sejarah Sabah untuk kegunaan sumber pendidikan dan institusi penyelidikan.
Huguan Siou Education dan Charitable Foundation juga mempunyai matlamat yang sama dengan Majora dalam usaha membantu golongan masyarakat tidak berkemampuan agar dapat meningkatkan jati diri mereka. Ini kerana, penentu taraf kemajuan sesebuah masyarakat mahupun negara adalah melalui taraf pendidikan mereka. Menyedari kepentingan pendidikan dalam meningkatkan pembangunan masyarakat tempatan dan negara kedua-dua yayasan ini adalah sangat diperlukan.