
20 Jul 2019
program kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malysia SPM bertempat di SIB Goshen telah dilaksanakan dibawah anjuran sepenuhnya oleh MEF. Program ini dilaksanakan sehari sahaja dengan objektif yang jelas iaitu memperkukuhkan teknik-teknik menjawab soalan kepada calon menduduki peperiksaan besar. Disebabkan oleh peruntukan masa program yang padat, setiap sesi yang ditawarkan adalah dikhususkan kepada subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, dan Sains. Seramai 80 penyertaan dari beberapa sekolah yang berbeza di kawasan Kota Marudu.
Program ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang. Setiap mata pelajaran diperuntukkan 1 jam untuk membincangkan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan sekaligus melakukan praktikal. Penceramah jemputan yang terdiri dari Cikgu berpengalaman memberikan soalan mirip dengan soalan sebenar peperiksaan kepada pelajar agar mereka dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan. Di akhir setiap sesi pihak MEF memberikan hadiah berbentuk buku untuk menaikkan semangat dan penghargaan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh penceramah dengan betul.