top of page

Program Teknik Menjawab Soalan STPM dan Motivasi Diri

27 Jul 2019

susulan dari program kecemerlangan pelajar SPM sekali lagi MEF menganjur program khas untuk pelajar STPM yang juga mengkhusus kepada teknik menjawab soalan serta motivasi diri. Program ini disertai oleh pelajar dari 3 buah sekolah iaitu SMK Pitas, SMK Pitas 2 dan SMK Kota Marudu dengan jumlah sebanyak 54 pelajar.


Antara subjek yang dibincangkan ialah Geografi dan Pengajian Am seterusnya sesi motivasi kepada pelajar. Melalui setiap sesi yang dijalankan, pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman megenai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan yang efektif sekaligus pelajar diberi pendedahan berkenaan dengan bentuk-bentuk soalan yang sebenar. Melalui program ini pihak MEF berharap agar setiap pelajar yang terlibat sudah mendapat gambaran jelas dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tepat serta menggunakan teknik-teknik yang diterima supaya pembelajaran menjadi lebih efektif.

CONTACT US

Lot A-1-6, First Floor, Block A, Marketplace 88, Jalan Pintas, 88300, Kota Kinabalu, Sabah.

Phone: +6088 204236

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • Youtube

Fill in your details.

Thanks for submitting!

© Copyright 2025 by Majora Education Foundation

bottom of page